Monday, May 28, 2012

.TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN.

       

Teknologi secara amnya telah wujud sejak dulu lagi ketika penggunaaan kertas dan pen serta beberapa bahan alat-alat yang wujud sebelum datangnya era teknologi yang penuh digital iaitu teknologi komputer, kalkulator, telefon bimbit dan sebagainya, walaupun pada hakikat saya pun memikirkan bahawa teknologi hanyalah bermula apabila manusia mula mencipta komputer tetapi telah bermula sejak sekian lama.

          Sebenarnya skop teknologi amatlah luas peranannya sebagaimana ia telah banyak membantu tamadun manusia berkembang dengan pesat apabila bermula era perkomputerna di era 90an, dan semakin bertambah bilangannya apabila ternyata ia banyak menyelenggarakan gerak kerja dengan pantas dan mudah. Maka dengan itu, kerajaan telah mengambil satu langkah drastik dengan membentuk satu kerajaan yang sistematik dan teratur yang digelat e-kerajaan sebagai langkah mentadbir dan mengurus segala perancangan dan pemerintahan dengan lebih telus dan berkesan.

          Pada sudut yang lain pula, penyesuaian kepada perubahan persekitaran di tempat mengajar adalah titik tolak kejayaan untuk mendidik pelajar dengan lebih berkesan. Ia sebenarnya adalah hasil dari guru yang merubah diri mereka bukan dari segi zahir tetapi mental untuk merubah sesuatu keadaan yang sebelumnya amat berbeza dengan situasi tersebut namun akhirnya dapat diatasi apabila guru berjaya merubah gaya penyampaian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar sekolah kepada para pelajar.

Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan teknologi dalam membantu meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di Malaysia pada masa kini. Adakah teknologi wajib diserap dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di negara kita?

7 comments:

  1. Telah banyak kajian yang menunjukkan teknologi itu amat penting dalam suatu pembelajaran. Teknologi membantu kita untuk mengikuti perkembangan dunia. Dengan itu, rakyat Malaysia tidak akan jauh ketinggalan daripada era teknologi ini.

    ReplyDelete
  2. hye...keberkesanan teknologi dalam membantu meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di Malaysia pada masa kini bergantung kepada kecaknaan individu tu sndri utk memburu pengetahuan..pengimplimentasi boleh dilakukan..tp..kalo individu itu sndri tak cakna..tak ada apa yg boleh dilakukan..

    ReplyDelete
  3. Bg pandangan saya, dorongan dan galakan perlu juga diberikan agar teknologi itu terus berkembang. Teknologi sememangnya telah ada dlm sistem pengajaran dan pembelajaran di negara ini, mungkin dari segi perkembangn teknologi pembelajaran telah ada tetapi kurang diaplikasikan atau kurang digunakan sepenuhnya

    ReplyDelete
  4. benar kata sauda raden adiputra. ianya terletak pada faktor individu..

    ReplyDelete
  5. Pada pandangan saya, teknologi patut diterapkan dalam pendidikan kerana banyak membantu pelajar dalam memudahkan pelaksanaan pembelajaran. Hal ini kerana teknologi seperti internet membantu pelajar mengakses maklumat dengan cepat dan pada bila-bila masa sahaja. Malah, penggunaan video dalam bilik darjah dapat memberi penerangan yang jelas tentang sesuatu subjek.

    ReplyDelete
  6. penggunaan teknologi amat penting khusus dalam pembelajaran kerana ia akan memberikan suasana pembelajaran yang lebih efektif. :)

    ReplyDelete
  7. teknologi sememangnya memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kini terutamanya sekali negara sudah dihujani dengan pelbagai jenis teknologi yang ada. dengan adanya teknologi, perkongsian maklumat dapat dilakukan dengan mudah, bak kata masyarakat kini, "Dunia di hujung jari".

    ReplyDelete